Thursday 22 December 2011

"Bulan oh bulan"

Assalamualikum...
Jom berfikir bersama saya!! :)
apa yang saya ingin coretkan disini sebenarnya sudah lama bermain dalam fikiran,..
  ' BULAN'...ramai orang yang mengenali apa itu bulan,bulan juga selalu dijadikan sebagai metafora bagi sesuatu perkara.Bulan selalu digambarkan sebagai sesuatu yang indah.. kenapa ea??
mungkin disebabkan ianya satu objek yang bercahaya pada waktu malam disamping dikelilingi bintang,oHhhh memang indah.....walupn permukaanya tidaklah secantik yang kita lihat pada jarak dari bumi.
Bulan bagaikan sesuatu yang indah pada pandangan manusia...
Banyak perumpamaan dan peribahasa yang dikaitkan dengan bulan...
'Bagai pungguk rindukan bulan'
'wajahmu bersinar bagaikan bulan purnama'
'bagai bulan dipagar bintang' dan banyak lagi la..!
  Bulan juga dijadikan panduan bagi orang islam bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya dengan mencerap anak bulan.kita tetap memangilnya anak bulan walaupn kita tahu bahawa bulan tidak pernah beranak,sekiranya bulan pernah beranak,mana anak2nya yang sebelum ini?? hehehe

 Pada zaman sekarang,bulan telah diterokai oleh manusia..banyak kajian yang dilakukan,tujuanya adalah untuk membuat kajian..tujuanya untuk mengetahui kesesuaian hidupan bumi di bulan..tujuanya supaya manusia dapat tinggal di bulan suatu hari nanti,ska hati mereka la nak buat apa...!
 
  Mari kita sama2 sama fikir dan berimaginasi sekejap,
sekiranya manusia dapat tinggal di Bulan,adakah kita masih dapat menggunakan Bulan sebagai peribahasa..kita sudah tidak dapat melihat bulan yang bercahaya tu lagi la.... mungkin selepas ini bulan tidak lagi digunakan.... sekiranya kta nak gantikan peribahasa yang berkaitan bulan,nak gantikan dengan apa ea???
adakah akan jadi...
'bagaikan pungguk rindukan Pluto'
'wajahmu bersinar bagai marikh'
'bagai Saturn dikelilingi lingkaranya'
dan.......macam mana kita nak berpuasa?? sebab bulan sudah tidak dapat dicerap,macam mana nak cerap! manusia sudah berada di BULAN!!!